Nama botani adalah nama formal yang mematuhi aturan Kode Internasional Nomenklatur Botani (ICBN). Walaupun nama botani juga digelarkan sebagai "nama ilmiah", istilah "nama ilmiah" mempunyai maksud yang lebih meluas dan mencakup nama zoologi, nama bakteriologi, dan nama virus.

Nama botani adalah tetap, tetapi kumpulan taksonominya tidak. Dengan kata yang lain, sesuatu nama botani boleh merujuk kepada beberapa kumpulan yang mempunyai ukuran, pembatasan, dan peletakan taksonomi yang berbeda. Ini bergantung kepada sudut pandangan taksonomi atau sistem taksonominya. Kebanyakan pengarang menganggap famili Pentaphylacaceae sebagai satu spesies saja, tetapi sebuah terbitan baru-baru ini memasukkan 342 spesies. Nama botani pada dirinya ditetapkan oleh jenis, sedangkan sifat takson yang diliputi ditentukan oleh ahli taksonomi.

Bergantung kepada aras, nama-nama botani boleh mempunyai satu bagian (genus dan aras yang lebih tinggi), dua bahagian (spesies dan aras yang lebih tinggi, tetapi lebih rendah daripada aras genus),

dalam satu bagian
Plantae (tumbuhan-tumbuhan)
Hepaticae (lumut hati)
Magnoliopsida (kelas, termasuk famili Magnoliaceae)
Liliidae (subkelas, termasuk famili Liliaceae)
Coniferae (pohon konifer)
Fagaceae (famili pohon oak)
Leguminosae (famili kacang pea atau kacang)
Betula (genus pohon bic)
dalam dua bagian
Acacia subg. Phyllodineae (pial)
Gossypium barbadense (kapas Mesir)
dalam tiga bahagian
Theobroma cacao subsp. koko (coklat kriolo)

Satu nama dalam tiga bahagian, iaitu nama untuk takson infraspesies (di bawah aras spesies) memerlukan "istilah penghubung" untuk menunjukkan arasnya. Dalam contoh Theobroam di atas, istilan penghubungnya ialah "subsp." (untuk subspesies). Dalam bidang botani, terdapat banyak aras di bawah aras spesies (dalam bidang zoologi, terdapat hanya satu aras, iaitu subspesies dan oleh itu, "istilah penghubung" tidak diperlukan). Nama untuk "subdivisi genus" juga memerlukan istilah penghubung (dalam contoh Acacia di atas, istilah penghubungnya ialah "subg.", subgenus). Istilah penghubung tidak merupakan sebagian nama botani.

Sesuatu nama takson boleh mengambil bentuk melebihi tiga bagian: "Saxifraga aizoon var. aizoon subvar. brevifolia f. multicaulis subf. surculosa Engl. & Irmsch." tetapi ini merupakan pengelasan, bukan nama botaninya yang formal. Nama botaninya ialah Saxifraga aizoon subf. surculosa Engl. & Irmsch. (ICBN, Perkara 24, Ex 1)

Nama-nama botani sering ditulis dengan huruf miring. Gaya yang diberikan oleh ICBN ialah untuk menggunakan huruf miring untuk semua nama botani. Bagaimanapun, secara amalan, banyak gaya dalaman yang berbeda telah digunakan untuk mengatur huruf nama botani, dan banyak terbitan tidak menggunakan huruf miring untuk nama-nama aras yang lebih tinggi daripada genus.

Referensi

sunting