Taman Tamadun Islam
Taman Tamadun Islam (TTI) adalah sebuah taman tema yang mengetengahkan keunggulan seni warisan dan seni bina Islam dari seluruh pelosok dunia yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu yang sebelum ini dianggap tidak berpenghuni dan dipenuhi hutan nipah. Taman tema ini merupakan salah satu projek pembangunan ekonomi Wilayah Ekonomi Pantai Timur.
Taman Tamadun Islam | |
Informasi | |
---|---|
Lokasi | Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, Malaysia |
Negara | malaysia |
Dirancang oleh | California Techniflex Effects Movieworld & Seaworld Australia Argo Gold Resort Tokyo Disney Sea |
Pengelola | |
Dibuat oleh | Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) |
Pembukaan | 3 Februari 2008 |
Biaya | RM 249.3 juta (sekitar AS$ 77.2 juta) |
Luas | 22.3 hektar |
Taman tema yang mula dibina pada Mac 2005 bukan sahaja dikelilingi replika-replika masjid dari serata dunia malah sebuah masjid yang juga mercu tanda baru Kuala Terengganu iaitu Masjid Kristal turut berdiri megah di situ.
Pembinaan
suntingProjek pembinaan TTI melibatkan 34 kontraktor tempatan sementara Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) bertanggungjawab memantau projek tersebut.[1] Bahan asas pembinaan TTI secara keseluruhannya menggunakan bahan buatan tempatan. Kira-kira 65% pembinaan menggunakan kepakaran tukang tempatan manakala selebihnya menggunakan khidmat profesional pakar pertukangan daripada luar negara.
Terdapat 6 fasa pembinaan TTI iaitu:
Fasa | Pembinaan |
---|---|
1 | Masjid Kristal Perumahan khas imam dan bilal |
2 | Monumen masjid Mercu tanda Islam |
3 | Pusat konvensyen |
4 | Lagun Taman terbuka wakaf, trek joging dan astaka Kawasan memancing |
5 | Kompleks masuk TTI Perani Teropong Pusat komersial |
6 | Pelet dan jalan masuk |
Replika
suntingKesemua 22 replika masjid termasuk monumen dan tugu dibina pada nisbah skala 1:4 hingga 1:22 berbanding saiz asal.[2]
Dibina mini studio dan menyediakan lebih kurang 60 tempat duduk
|
Projek Fasa 2 sedang dijalankan antaranya:
1)Pembinaan Kincir Air dimana inovasi Islam pada zaman dahulu yang ingin diketengahkan semula. Pembinaan kincir air ini banyak merujuk kepada Kincir Air Umat Islam lampau di Syria yang menggunakan Teori Al-Jazari. Kincir air ini juga digunakan untuk sistem pengaliran ke tasik di TTI.
2)Monumen Masjidil Haram, teater yang sedia ada akan dinaiktaraf kepada 3D yang dikenali sebagai Virtual Hajj. Pengunjung berpeluang merasai pengalaman virtual haji/ jemaah haji secara lebih teliti.
Rujukan
sunting- ^ "Laporan Utusan Malaysia tentang perasmian Taman Tamadun Islam oleh Perdana Menteri Malaysia". Diarsipkan dari versi asli tanggal 2012-02-29. Diakses tanggal 13-01-2008.
- ^ "Laporan akhbar Berita Harian tentang Taman Tamadun Islam". Diarsipkan dari versi asli tanggal 2008-04-10. Diakses tanggal 05-02-2008.