Sultan Pahang adalah gelar keturunan Raja-Raja dan Bendahara Melaka yang merupakan keturunan dari Sang Nila Utama dengan puteri Demang Lebar Daun dari Palembang iaitu Raden Ratna Cendera Puri.

Sultan Pahang
Provinsi/Negeri
Sedang berkuasa
Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah
sejak 11 Januari 2019
dinobatkan 15 Januari 2019
Perincian
Sapaan resmiPaduka
PewarisTengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al Sultan Abdullah Ri'Ayatuddin Al Mustafa Billah Shah
Penguasa pertamaSultan Muhammad Shah
Pembentukan1470 (552 tahun yang lalu)
KediamanIstana Abu Bakar, Pekan
Situs webwww.dirajapahang.my

Sejarah kesultanan

sunting

Pengasas

sunting

Kesultanan Negeri Pahang dikatakan telah ada sejak zaman Melaka pada masa Sultan Muhammad Shah[1] yaitu putera kepada Sultan Mansur Shah dengan Puteri Onang Sari yang dilantik menjadi sultan yang pertama bagi Negeri Pahang. Sebelum itu, Pahang berada di bawah pemerintahan Kerajaan Siam.

Perebutan kuasa

sunting

Pada tahun 1614, berlaku peristiwa di mana perebutan kuasa antara Sultan Abdul Ghafur dengan anggota keluarganya dan berakhir dengan terbunuhnya Sultan Abdul Ghafur dan Raja Muda Abdullah. Kemudian Sultan Ahmad telah dilantik sebagai Sultan di Pahang.

Serangan Acheh

sunting

Pada tahun 1617, Aceh di bawah kepimpinan Sultan Iskandar Muda telah menyerang Pahang dan membawa Sultan Ahmad dan keluarganya ke Aceh.

Di bawah pemerintahan Johor

sunting

Seterusnya,pemerintahan Negeri Pahang telah diletakkan di bawah Kesultanan Johor yang berpusat di Johor. Di bawah kesultanan tersebut, pemerintahan Negeri Pahang diletakkan di bawah pemerintahan seorang Bendahara. Keadaan ini berterusan sehinggalah kepada pemerintahan Sultan Mahmud Shah II (Marhum mangkat dijulang). Apabila Sultan Mahmud Shah II mangkat dibunuh oleh Megat Seri Rama (Laksamana Bentan) pemerintahan telah berpindah kepada Bendahara pada masa itu yaitu Bendahara Paduka Raja, Tun Abdul Jalil anak Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid (Marhum Padang Saujana).

Tun Abdul Jalil (Marhum mangkat di Kuala Pahang) menaiki takhta kerajaan dengan gelaran Sultan Abdul Jalil IV. Seorang putra Baginda bernama Tun Abbas dijadikan Bendahara yang memerintah di Pahang. Dari zuriat Tun Abbas inilah lahirnya pemerintahan negeri Pahang dari kalangan Bendahara sehingga pemerintahan Bendahara Siwa Raja,Wan Ahmad.

Pemerintahan sendiri

sunting

Dengan disetujuinya Perjanjian London tahun 1824, telah mengakibatkan pemisahan pemerintahan di antara Riau dengan Johor dan Pahang. Setelah kekuasaan Raja di Riau dirampas oleh Belanda, maka pemerintah Pahang dan Johor telah membentuk pemerintahan sendiri dengan memakai gelar Sultan. Kesultanan Pahang yang ada pada hari ini dimulai saat Bendahara Wan Ahmad mula memakai gelaran Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah pada tahun 1882 .

Daftar Sultan Pahang

sunting

Sultan

sunting
  1. 1470-1475:Sultan Muhammad Shah I[2][3]
  2. 1475-1475:Sultan Abdul Jamil Shah
  3. 1475-1497:Sultan Ahmad Shah I[2]
  4. 1497-1519:Sultan Mansur Shah I
  5. 1519-1530:Sultan Mahmud Shah II[4]
  6. 1530-1542:Sultan Muzaffar Shah ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah
  7. 1540-1555:Sultan Zainal Abidin Shah ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah
  8. 1555-1560:Sultan Mansur Shah II
  9. 1560-1575:Sultan Abdul Jamil Shah II
  10. 1575-1590:Sultan Abdul Kadir Alauddin Shah
  11. 1590-1592:Sultan Ahmad Shah II
  12. 1592-1614:Sultan Abdul Ghafur Muhiuddin Shah
  13. 1614-1641:Sultan Alauddin Riayat Shah
  14. 1615-1623:Raja Bujang[5]
  15. 1641-1676:Raja Bajau [6]
  16. 1676-1688:Raja Ibrahim[6]

Raja Bendahara

sunting
  1. 1688-1697:Tun Habib Abdul Majid bin Tun Mat Ali
  2. 1697-1699:Tun Abdul Jalil bin Tun Habib Abdul Majid
  3. 1699-1708:Tun Mas Anom bin Tun Habib Abdul Majid
  4. 1708-1716:Tun Abdullah bin Tun Habib Abdul Majid
  5. 1718-1721:Tun Abdul Djamal bin Tun Habib Abdul Majid
  6. 1722-1724:Tun Abbas ibni Sultan Abdul Jalil IV
  7. 1724-1734:Tun Husain ibni Sultan Abdul Jalil IV
  8. 1734-1748:Tun Mutahir I ibni Sultan Abdul Jalil IV
  9. 1748-1777:Tun Hasan bin Tun Abbas
  10. 1777-1802:Tun Abdul Majid bin Tun Hasan
  11. 1802-1803:Tun Muhammad bin Tun Abdul Majid
  12. 1803-1806:Tun Koris bin Tun Abdul Majid
  13. 1806-1847:Tun Ali bin Tun Koris
  14. 1847-1863:Tun Mutahir bin Tun Ali
  15. 1863-1882:Tun Ahmad

Sultan

sunting
  1. 1882-1914:Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah[7]
  2. 1914-1917:Sultan Mahmud Shah[7]
  3. 1917-1932:Sultan Abdullah al-Mu’tassim Billah Shah[7]
  4. 1932-1974:Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mu’azzam Shah[7]
  5. 1974-2019:Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah[7]
  6. 2019- kini:Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah[8]

Rujukan

sunting
  • Aruna Gopinath (1991). Pahang 1880-1933: A Political History. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. 
  • Zakiah Hanum (2004). Asal Usul Negeri-Negeri Malaysia. Times Editions-Marshall Cavendish. ISBN 9812326081. 
  • Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (2011). The Encyclopedia of Malaysia : Volume 16, The Rulers of Malaysia. Archipelago Press. ISBN 9789813018549. 

Catatan kaki

sunting
  1. ^ "Sejarah Kesultanan Pahang". Laman Komuniti Pekan. Laman Komuniti Pekan. 2010. Diarsipkan dari versi asli tanggal 2011-09-21. Diakses tanggal 7 Februari 2010. 
  2. ^ a b Aruna Gopinath, 1991, m/s 12
  3. ^ "Sejarah Kesultanan Pahang". Marhum Bugis Syah. Tengkusyah. 2011. Diakses tanggal 28 Julai 2012. 
  4. ^ Aruna Gopinath, 1991, m/s 13
  5. ^ Aruna Gopinath, 1991, m/s 16
  6. ^ a b Aruna Gopinath, 1991, m/s 17
  7. ^ a b c d e "KDYMM Sultan Pahang". Laman Web Rasmi Pahang Darul Makmur. Kerajaan Negeri Pahang. 2009. Diakses tanggal 6 Februari 2010. 
  8. ^ hermesauto (2019-01-15). "Sultan Abdullah to ascend throne as sixth Sultan of Pahang in traditional ceremony". The Straits Times (dalam bahasa Inggris). Diakses tanggal 2019-01-15. 

Pranala luar

sunting