United Buddy Bears

Buddy Bears merupakan arca-arca beruang sebesar beruang hidup. Dibentuk daripada kaca gentian, ia mula dibuat di Berlin, Jerman. Buddy Bear petama kali diukir oleh ahli perniagaan Jerman, Klaus dan Eva Herlitz pada tahun 2001, dengan kerjasama pengukir Roman Strobl.

One-worldbuddy bear

Buddy Bear dan United Buddy Bears ialah dua simbol aktiviti yang berlainan. Buddy Bears merupakan acara bandaran yang setanding dengan acara-acara lain, menampilkan arca beruang yang telah berjaya memancarkan kehidupan baru ke beberapa pusat bandar. United Buddy Bears pula menampilkan mesej keamanan, persefahaman serta toleransi antarabangsa di kalangan negara-negara, budaya dan agama di seluruh dunia.

Buddy Bears di jalan-jalan dan dataran sekitar Berlin

sunting

Aktiviti pertama ialah pameran di Buddy Bear Berlin Show. Pada tahun 2001, pelukis-pelukis mengecat lebih kurang 350 patung beruang untuk diletakkan di tempat-tempat awam sebagai hiasan jalan di Berlin. Empat reka bentuk beruang berlainan (berdiri di atas keempat-empat kaki, berdiri di atas dua kaki, tungging kaki di atas, dan dalam kedudukan duduk) ditampilkan di pusat bandar Berlin. Kebanyakan beruang kemudiannya dilelong dan hasilnya disalurkan kepada organisasi bantuan kanak-kanak. Kini Buddy Bears Berlin telah menjadi pameran eksklusif di premis swasta, di hadapan hotel dan kedutaan, serta di ruang legar bangunan-bangunan pejabat.

United Buddy Bears - Seni Dan Toleransi

sunting
 
United Buddy Bears Kuala Lumpur 2012
 
United Buddy Bears Paris 2012
 
United Buddy Bears Rio de Janeiro 2014
 
United Buddy Bears - Penang 2016
 
United Buddy Bears - Riga 2018

United Buddy Bears merupakan pameran kesenian antarabangsa menampilkan lebih 140 patung beruang kaca gentian setinggi dua meter. Cogan katanya ialah: "Kita mesti cuba mengenali satu sama lain, ini membolehkan kita memahami perasaan orang lain dengan lebih baik, lebih mempercayai satu sama lain, dan hidup bersama dengan lebih aman". Ia mewakili lebih daripada 140 buah negara yang diiktiraf oleh Perserikatan Bangsa-Bangsa. Ia menggalakkan toleransi, persefahaman antarabangsa dan mewujudkan konsep hidup aman damai di kalangan pelbagai bangsa dan budaya. Beruang-beruang tersebut berdiri berpegangan tangan di dalam sebuah bulatan yang harmoni.

Satu syarat penting projek kesatuan antarabangsa ini ialah memilih artis daripada setiap negara - ini untuk mencerminkan kepelbagaian budaya dalam dunia ini. Orang ramai akan belajar tentang budaya, sejarah, penduduk dan landskap negara-negara tersebut, tidak kira besar atau kecil. Oleh itu, bulatan United Buddy Bears telah menjadi platform pengenalan bagi negara-negara kecil dan miskin yang sebelumnya tidak diketahui umum. Secara tiba-tiba, mereka kini setaraf dengan negara-negara besar dan kaya.

Beruang-beruang tersebut dipamerkan dari bulan Jun hingga November 2002, dalam bulatan di sekeliling Brandenburg Gate.

United Buddy Bears – Worldtour

sunting

Selepas bulatan pertama "United Buddy Bears" mencapai kejayaan luar biasa pada tahun 2002, sebuah bulatan baru dibentuk pada tahun 2003. Tujuannya ialah lawatan mengelilingi dunia.

Dalam lawatan ini, "United Buddy Bears" membawa mesej kebebasan, keamanan, kasih sayang, toleransi dan persefahaman antarabangsa. Bulatan akan ditukar setiap kali sampai ke bandar baru. Pertukaran ini mengikut keadaan setempat dan susunannya berubah-ubah, kerana kedudukan beruang mengikut urutan abjad berdasarkan bahasa tempatan negara tuan rumah. Ia sentiasa menyerlahkan kesamaan yang baru, dan kadang-kadang kesamaan politik yang sangat menarik.

Masuk ke pameran adalah percuma. Ini membolehkan pelajar-pelajar sekolah melawat di waktu pagi sebagai sebahagian daripada pelajaran mereka untuk meneroka dan mempelajari budaya, sejarah, landskap, ekonomi dan muzik kesemua lima buah benua dalam keadaan ceria. Lebih daripada 45 juta pelawat telah mengambil faedah daripada United Buddy Bears yang berwarna-warni sejak pertama kali pameran dibuat.

Di setiap bandar, pameran United Buddy Bears disokong oleh kerajaan, kementerian luar negara, datuk bandar dan organisasi-organisasi UNICEF (Dana Anak-anak Perserikatan Bangsa-Bangsa). Ketua-ketua negara - contohnya Perdana Menteri Jepun, Junichiro Koizumi, Presiden Persekutuan Jerman, Horst Köhler dan Wanita Pertama Mesir, Suzanne Mubarak serta Duta Goodwill UNICEF seperti Sir Peter Ustinov, Jackie Chan, Christiane Hörbiger, Mia Farrow, Iris Berben dan Ken Done telah merasmikan pameran ini di seluruh dunia.

Beruang-beruang telah dipamerkan di bandar-bandar berikut sejak permulaan lawatan:

Bantuan untuk Kanak-Kanak Yang Memerlukan

sunting

Program Buddy Bear dan bantuan kepada kanak-kanak yang memerlukan seolah-olah irama dan lagu yang tidak boleh dipisahkan. Biasanya United Buddy Bear yang baru akan dibuat menggantikan patung sebelumnya yang khas untuk negara tertentu. Banyak negara sudah diwakili oleh beruang ketiga atau keempat. Beruang sebelumnya yang direka khas untuk negara-negara tersebut akan dilelong.

Sejumlah Euro 2,600,000 (pada November 2024) berjaya dikutip melalui derma dan jualan lelong Buddy Bears untuk membantu UNICEF dan organisasi tempatan yang membantu kanak-kanak yang memerlukan.

Galeri

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Hong Kong 2004". Diarsipkan dari versi asli tanggal 2012-02-04. Diakses tanggal 2011-10-07. 
  2. ^ Tokyo 2005
  3. ^ Kairo 2007
  4. ^ "Yerusalem 2007". Diarsipkan dari versi asli tanggal 2007-09-04. Diakses tanggal 2011-10-07. 
  5. ^ Kastle Waserman: Berlin's Buddy Bears
  6. ^ "Berlin 2011". Diarsipkan dari versi asli tanggal 2012-04-23. Diakses tanggal 2011-10-11. 
  7. ^ United Buddy Bears - Kuala Lumpur 2012
  8. ^ "Bears in Havana: Another Step for Tolerance"
  9. ^ "IANSlive: "Germany sends peace message through sculptures in Cuba"". Diarsipkan dari versi asli tanggal 2016-03-07. Diakses tanggal 2021-03-11. 
  10. ^ "United Buddy Bears - Penang 2016". Diarsipkan dari versi asli tanggal 2017-03-05. Diakses tanggal 2016-11-05. 
  11. ^ Rīgassvetki: "Ar apgleznoto lāču figūru izstādes palīdzību vāc līdzekļus mazajiem pacientiem"
  12. ^ "Un mensaje de tolerancia y paz llega a Guatemala". Diarsipkan dari versi asli tanggal 2019-04-11. Diakses tanggal 2019-05-17. 
  13. ^ 24ur, 30. Mai 2024:145 dvometrskih medvedov prvič na Trgu republike

Pranala luar

sunting