Sijil Tinggi Agama Malaysia

Sijil Tinggi Agama Malaysia merupakan salah satu ujian umum yang dikelola oleh Lembaga Peperiksaan (LP).Pelajar warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia yang lulus Sijil Tinggi Agama akan dikirim ke luar negara Malaysia seperti Universitas Al Azhar Kairo,Mesir atau ke universitas umum di Malaysia.Umumnya,ujian ini dilaksanakan setelah pelaksanaan ujian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau sewaktu di Tingkatan 6.

Sejarah

Sijil Tinggi Agama Malaysia mulai diperkenalkan pada tahun 2000 hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Universitas al-Azhar.Sijil ini bertujuan menyelaraskan dan menggantikan beberapa ujian individual yang sudah ada sebelum itu,contohnya Sijil Pendidikan Agama, Sijil Tinggi Kolej dan Sijil Tinggi Ugama.

Syarat pendaftaran

  • Telah mengikuti kurikulum Ma'had Al-Bu'uth Al-Islamiyyah Al-Azhar yang dipersetujui Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Al-Azhar As-Syarif Kairo, Mesir pada tahun 1999,atau
  • Telah melaksanakan ujian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),dan
  • Telah menjalani ujian Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) atau Sijil Khas Kolej Islam Sultan Alam Shah (SKK),dan
  • Telah mencapai umur 18 tahun pada tahun peperiksaan STAM