Cheteria
Artikel ini adalah bagian dari seri Politik dan Ketatanegaraan Brunei Darussalam |
Cheteria merupakan salah satu golongan pembesar diraja Brunei yang kedudukannya berada di bawah Wazir dan di atas Manteri. Cheteria mempunyai tingkatan kedudukan berdasarkan sistem Empat Lipatan yang mencapai lipatan tiga puluh dua. Setiap orang yang diberi kedudukan dalam Cheteria juga diberi gelar tertentu serta dirujuk dengan rujukan kehormatan "Yang Amat Mulia". Gelar Cheteria hanya diberikan kepada orang-orang yang berketurunan Pengiran, terutama Pengiran Peranakan.[1] Penganugerahan gelar diadakan dalam suatu upacara yang disebut "mengangkat".[2]
Hierarki
suntingTerdapat tujuh tingkatan dalam golongan Cheteria, iaitu:[3][4][5]
- Kepala Cheteria
- Cheteria 4
- Cheteria Tambahan di Bawah Cheteria 4
- Cheteria 8 atau Cheteria Besar
- Cheteria 16 atau Cheteria Pengalasan Besar
- Cheteria Tambahan di Bawah Cheteria 16
- Cheteria 32 atau Cheteria Pengalasan Damit
yang mana Kepala Cheteria merupakan kedudukan yang tertinggi bagi golongan Cheteria.
Jumlah orang untuk setiap tingkatan yang bernomor adalah seperti nama itu sendiri, contohnya Cheteria 8 terdiri dari delapan orang. Untuk Kepala Cheteria dan Cheteria Tambahan di Bawah Cheteria 16, masing-masing terdapat dua orang, sementara Cheteria Tambahan di Bawah Cheteria 4 hanya terdiri dari seorang Cheteria.
Terasul
suntingPada umumnya gelar Cheteria berpangkal "Pengiran" dan diikuti dengan frasa tambahan, sedangkan rujukan kehormatan bagi orang-orang yang dianugerahi gelar Cheteria ialah "Yang Amat Mulia", yang digunakan pada awal dalam menulis nama lengkapnya dengan terasul. Contohnya, untuk seseorang yang dianugerahi gelar "Pengiran Kesuma Negara" yaitu suatu kedudukan dalam Cheteria 8,[5][3] terasulnya ialah "Yang Amat Mulia Pengiran Kesuma Negara",[5][3] diikuti dengan gelar lain (jika ada) dan nama asli.
Catatan
sunting- ^ Al-Sufri, Mohd. Jamil (2002). Adat Istiadat Diraja Brunei. Bandar Seri Begawan: Jabatan Adat Istiadat Negara. hlm. 14–15. ISBN 9991734228.
- ^ Al-Sufri, Mohd. Jamil (2002). Adat Istiadat Diraja Brunei. Bandar Seri Begawan: Jabatan Adat Istiadat Negara. hlm. 20. ISBN 9991734228.
- ^ a b c "Wazir dan Cheteria" (PDF). www.adat-istiadat.gov.bn. 2017-01-17. Diakses tanggal 2018-02-01.
- ^ "Wazirs and Cheterias". www.bruneiresources.com (dalam bahasa Inggeris). 2012-05-28. Diakses tanggal 2018-02-01.
- ^ a b c Al-Sufri, Mohd. Jamil (2002). Adat Istiadat Diraja Brunei. 9991734228: Jabatan Adat Istiadat Negara. hlm. 575–579. ISBN 9991734228.
Rujukan
sunting- Mohd. Jamil Al-Sufri (2002). Adat Istiadat Diraja Brunei. Bandar Seri Begawan: Jabatan Adat Istiadat Negara. ISBN 9991734228